Kita perlu bertindak. Kita perlu
bantah TPPA. Tunjukkan sokongan anda.
Trans
Pacific Partnership Agreement atau Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik adalah
salah satu cara lain untuk kepentingan-kepentingan corporate US untuk
mengongkong negara-negara yang sedang membangun dari sudut geo-politik dalam
hal ini, di kawasan Asia-Pasifik. Sebenarnya, apa saja cadangan dari Amerika
Syarikat dalam perjanjian ini akan merugikan kita. Mereka mengatakan ia adalah
perdagangan bebas; tapi ia adalah perdagangan yang tidak bebas dan tidak adil;
cuba dikawal ketat melalui undang-undang antarabangsa. Apa yang dikehendaki
dari persefahaman ini adalah supaya mereka dapat peluang monopoli perolehan kerajaan
dan pasaran Malaysia selepas ia dibuka kepada syarikat asing tanpa kawalan.
Malahan, Amerika yang dikuasai oleh gergasi-gergasi korporat ingin meletakkan
kepentingan syarikat-syarikat pelaburan lebih tinggi daripada kepentingan
rakyat dari pelbagai aspek kehidupan, seperti, hak untuk kesihatan dan hak
untuk mengawal maklumat (hakcipta dan paten).
Malangnya,
kita adalah antara 12 negara yang bakal sewenang-wenangnya bersetuju untuk
menerima dasar-dasar TPPA ini. 12 negara tersebut adalah Australia, Brunei,
Chile, Kanada, Mexico, New Zealand, Peru, Singapore, Amerika Syarikat, Vietnam,
Jepun, dan Malaysia. Ia masih terbuka kepada Negara-negara lain untuk sertai.
US sedang giat berkempen untuk ini.
Ada
29 bab yang berasingan, yang digubal secara penuh kerahsiaan, tidak telus, dan
tidak dibuka kepada pengetahuan orang awam malahan kepada wakil rakyat dan
menteri-menteri yang lain. Hanya Kementerian Perdagangan sahaja yang mempunyai
akses penuh. Namun kita boleh jangkakan lebih 80% daripada perjanjian ini adalah
sama seperti perjanjian antara US dengan Negara-negara lain (contohnya
Singapura, Colombia, Peru dll) begitu juga ada banyak persamaan antara NAFTA
(North America Free Trade Agreement) dan CAFTA (Central America Free Trade
Agreement).
Telah
terbukti perjanjian-perjanjian sebelum ini GAGAL untuk menaik-taraf kehidupan
rakyat biasa di negara-negara yang mendatangani perjanjian seperti TPPA sebelum
ini, dan hanya menguntungkan korporat-korporat besar dan dari negara kaya. Yang
kaya akan lebih kaya dan yang miskin akan terus dihimpit kemiskinan.
TOP 5 KENAPA BANTAH TPPA
1.
Keselamatan
Makanan Negara
Ini soal keselamatan
Negara. Bila perjanjian ini ditandatangani, tiada lagi kawalan terhadap
produk-produk pertanian yang masuk dari luar. Sekarang ni ada pelbagai kawalan
terutama cukai untuk mengimbangi pasaran. Kawalan ini untuk menjamin petani
tempatan mempunyai pasaran dan boleh terus bertani. Dalam jangka masa 5 tahun,
memang seronok ada banyak jenis bahan pertanian luar. Negara besar seperti US
dan Jepun ada modal yang lebih besar untuk hasilkan makanan dengan lebih murah,
eksport ke Malaysia. Lama-lama petani kita tak ada kerja, semua kerja kilang.
Makanan tidak lagi dihasilkan dalam Negara tapi diimport dari luar dan kita
bergantung pada makanan ini. Apa jadi jika nanti US dan Jepun buat hal,
halangan bekalan makanan. Petani-petani kita dah la berkurang. Kebuluranlah
kita……Cuba search di internet apa yang berlaku di Colombia sekarang! Sebelum
ini berjuta petani di Mexico telah kehilangan pekerjaan kesan dari perjanjian
dengan US dalam Perjanjian NAFTA. Ratusan ribu petani turun kejalan raya sebab
tak ada pasaran lagi untuk mereka.
2.
Piawaian
Halal
Untuk umat Islam.
Sekarang ini pengeluar makanan, pengeluar baranggan pengguna atau restoran tak
boleh suka-suka hati bubuh logo Halal pada produk mereka. Di Malaysia semua
logo Halal mesti standard dan mendapat pengiktiraf JAKIM setelah diperiksa dan
dikaji. Jika TPPA ditandatangani, standard JAKIM ini kena dilonggarkan kerana
mengikut standard US, tempat operasi makanan halal dan tidak halal boleh
bercampur. Ikut standard Malaysia tak boleh. Dan ikut sukalah sesebuah syarikat
itu nak bubuh tanda Halal sendiri atau tidak. Pengguna kena percayalah. JAKIM
tak boleh periksa kandungan bahan sebab ia rahsia syarikat. Dalam perjanjian
ini, kandungan bahan adalah rahsia walaupun untuk kepentingan umat.
3.
Kesan
Alam Sekitar
Kesan alam sekitar dan
saman menyaman. Ada sebuah kilang yang telah dibenarkan beroperasi di Malaysia.
Ikut perjanjian, kilang tersebut boleh beropersai selama 20 tahun. Tapi selepas
beropersi didapati kilang tersebut mengeluarkan sejenis bahan yang merosakkan
alam sekitar, mayarakat marah dan bawa ke wakil rakyat. Setelah dibuat kajian
terperinci, pengguna bahan tersebut diharamkan menurut undang-undang. Kilang
terbabit tidak boleh lagi beroperasi. Maka, dengan perjanjian TPPA kilang ini
boleh menyaman kembali kerajaan tempatan atau kerajaan pusat kerama mereka
telah mengalami kerugiaan akibat undang-undang yang baru ini. Mereka bukan saja
boleh saman kepada kerugian mereka alami tapi termasuk keuntungan yang mereka
tidak pasti akan dapat untuk masa depan pun mereka boleh tuntut. Mereka boleh
minta pampasan kerugian untuk 20 tahun. Contoh, sebelum ini dalam Perjanjian
FTA-FTA terdahulu antara lain Chevron lawan, masyarakat tempatan Ecuador. Dalam
kes ini, hutan amazon telah dicemari oleh sisa minyak Chevron. Walaupun Chevron
telah didenda oleh Mahkamah dalam Negara, mereka tidak mahu bayar dan membawa
kes ini ke mahkamah antarabangsa. Di mahkamah antarabangsa Perjajian ini adalah
lebih tinggi tarafnya daripada mahkamah Ecuador dan Ecuador didapati bersalah
menyebabkan kerugiaan kepada Chevron dan perlu membayar kembali RM80 Juta
kepada Chevron.
4.
Ubatan
Mahal
Tahukah anda mengapa
kita hanya perlu bayar RM1 jika ke hospital Kerajaan walaupun mendapat pelbagai
ubatan (bukan ubatan khas). Ini kerana ubat tersebut dihasilkan didalam Negara
dan dinegara-negara membangun secara murah melalui ramuan generik. Ramuan
generik adalah ubat yang guna pakai ramuan asal atau hampir sama dengan ubat
asal tetapi tidak ada kos-kos lain seperti kos jenama syarikat, kos
penyelidikan, dan sebagainya atau dengan kata lain tiada lagi hak paten (hak
monopoli) oleh syarikat pengeluar. Jadi ubat ini boleh dihasilkan oleh kilang-kilang
lain dengan murah. Ubat adalah bahan penting kepada manusia, maka mengikut
undand-undang sekarang, monopoli pengeluaran ubat oleh syarikat-syarikat
tertentu hanya dibenarkan selama 20 tahun (sudah cukup untuk mendapat untung
yang besar). TPPA mencadangkan tempoh paten ini dilanjutkan kepada 25 tahun.
Ini bermakna harga ubatan untuk penyakit kronik akan naik kerana dimonopoli
oleh syarikat tertentu sahaja selama 5 tahun lagi. Pesakit kanser yang tidak
mampu membeli ubatan mahal dan bergantung hanya kepada ubat generik perlu
menunggu 5 tahun lagi, jika mereka masih hidup…
5. Nasib
Golongan Pekerja
Golongan pekerja merupakan golongan
yang paling ramai di Malaysia. Mereka adalah nadi ekonomi. Menurut perundangan
sekarang, latihan/perpindahan kemahiran dan teknologi, piawaian kesihatan, piawaian
keselamatan, dan kebajikan pekerja perlu dijaga oleh majikan dan dipantau oleh
perundangan negara. Menurut Perjanjian TPPA, kerajaan perlu member lebih
kebebasan kepada syarikat untuk menetapkan standard mereka sendiri. Kita juga
tidak boleh memperkenalkan undang-undang pekerja baru termasuk undang-undang
untuk menjaga kebajikan pekerja, menaikkan gaji minima dan sebagainya. Ini
boleh menyebabkan ekspoiltasi pekerja berlaku. Gaji ynag diterima tidak
setimpal, kerja banyak, keselamatan dan kesihatan terabai. Pekerja juga akan
menerima kesan-kesan lain dari pelbagai bab dalam TPPA termasuk kehilangan
pekerjaan jika syarikat Malaysia terpaksa
ditutup kerana tidak mampu bersaing dengan syarikat luar, apabila cukai
eksport Malaysia dihapuskan dan barang kita jadi lebih mahal dari syarikat
asing, harga ubat dan pendidikan naik dan banyak lagi. Boleh kita dapat kerja
dengan syarikat asing-mimpilah!! TPPA tidak benarkan kita letak syarat pekerja
tempatan untuk jadi pekerja. Jadi lepas ni semua kerja kuli, operator, dan
kerja bawah dia amik dari Bangla, Vietnam, Nepal, dan semua kerja bos dia amik
dari negara TPPA; US, Singapore, dll. Kita sama-sama berebutlah baki
kerja-kerja yang ada. Malang sungguh nasib pekerja kita…
Muhamad bin abi bakr aktivis masyarakat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan